sidetekin

Cara Khatam Al-Quran dalam 30 Hari!


Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, ada para sahabat Nabi yang mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat. Namun, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam memberi pesan bahawa jika mahu khatam dalam masa yang singkat, maka janganlah khatam kurang dari 7 hari.

Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.” Aku berkata: “Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.” Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.” (HR al-Bukhari)

Pesanan ini bertujuan supaya para sahabat membacanya dalam keadaan baik, tidak tergopoh-gapah dan membacanya dengan penghayatan. Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya. Di samping itu, supaya para sahabat tidak melupakan akan tugas dan peranan harian mereka.

Orang-orang soleh dari kalangan para sahabat, tabi`in, tabi`ut tabi`in, salafussoleh dan selepas zaman mereka sentiasa dalam masa ke semasa khatam al-Quran. Mereka bukan sekadar baca dan faham. Malah mentadabburnya dan menghidupkan inti al-Quran. Kita wajar mencontohi sifat mereka yang mulia itu.

Ini Dia Caranya:

Al-Qur'an itu kurang lebih terdiri dari 600 halaman. Jika Anda bagi untuk 30 hari, maka hasilnya:

20 halaman per-hari

Awalnya mungkin terkesat agak keberatan. Target konsisten 20 halaman per-hari itu di luar kebiasaan. Tapi, ternyata jika Anda bagi untuk setiap waktu shalat fardhu, maka beban berat itu akan menjadi terasa ringan insya Allah. Berarti 20 dibagi 5, kan?

20:5 = 2

Berarti 2 LEMBAR [4 halaman] sebelum/setelah shalat wajib

Boleh 1 lembar sebelum shalat dan 1 lembar setelah shalat, atau 2 lembar sekaligus setelah shalat.

Seandainya Anda konsisten melakukannya, maka sebuah kepastian bahwa Anda akan mengkhatamkannya. (via muzir/fb.com)

BIAR LEBIH UPDATE, FOLLOW US!

Muslim 902597705924286675

Most View

Recent

Thanks To Our Advertiser

Kirim Artikel Kamu!

 photo YWJW_82232_zps24cf568e.png

Klik Untuk Berita Terbaru






item